
Laporan/foto: Muhd Syafiq Irman/Zulbaidi Mohamed
BENTONG, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 batang pokok balak berkualiti tinggi ditanam di Hutan Lipur Lentang bagi mengekalkan khazanah negara yang kian diancam serta mengembalikan ekosistem kawasan hutan tersebut.
Pegawai Hutan Daerah Bentong Muhamat Azman Yahya berkata penanaman pokok balak secara gotong-royong akan terus dipantau bagi memastikan program pemulihan ini berjaya.
“Antara pokok ditanam ialah daripada spesies merbau, meranti tembaga dan merawan siput jantan. Maklumat tentang penanaman pokok ini seterusnya dimasukkan dalam aplikasi Penghijauan Malaysia bagi daerah Bentong,” katanya di sini semalam .
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak.
-ZS-