
Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/Unit Foto MAINS
KUALA PILAH, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan usaha membangunkan kualiti ekonomi golongan asnaf di Kuala Pilah dua orang peserta yang telah berjaya mengikuti kursus teori dan praktikal perusahaan madu kelulut anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menerima lima log set madu kelulut sebagai permulaan perniagaan.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan MAINS Mahadi Ali, melalui kursus dan bantuan diberikan para peserta dari golongan asnaf ini turut menyumbang kepada pembekalan madu kelulut yang semakin mendapat permintaan meluas baik dalam Negeri Sembilan mahupun luar negeri.
Sesi penyerahan turut dihadiri pegawai-pegawai Unit Profilan dan Keusahawanan Asnaf MAINS, Nursyahidah Abu Bakar dan Siti Hajar Mohamad Daud.
-ZS-