
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Perancang Ekonomi telah mengenal pasti lapan keluarga di Dewan Undangan Negeri Pertang untuk diberikan insentif melaui program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) Fasa 1.
Majlis Tandatangan Aku Janji Penerima Insentif BMTKM dan sesi soal jawab turut diadakan dalam program tersebut di Dewan Orang Ramai Kerangai, Simpang Pertang, di sini baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Makro Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Dato Nor Azmie Diron insentif kali ini berbeza dengan tahun sebelum ini kerana bantuan diberi dalam bentuk barang-barang keperluan dan peralatan, bukan secara tunai.
“Saya berharap agar matlamat utama BMTKM bagi mencapai sasaran kemiskinan tegar sifar pada penghujung tahun 2025 dapat dicapai,” katanya.
-ZS-