Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jom Tukar Minyak Hitam Dapat Sambutan

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/FB Ramli Mohd Nor

CAMERON HIGHLANDS, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk POS Menson di daerah ini menyambut baik usaha murni Ahli Parlimen Cameron Highlands menganjurkan program Jom Tukar Minyak Hitam, di sini baru-baru ini.

“Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk di sini dan saya juga amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” kata Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor.

Salah seorang penerima sumbangan Muhammad Surat Abdul Rashid, 42, dari Kg Sg Relong Menson berkata program seumpama ini amat baik dan memberi manfaat kepada pemilik motosikal.

“Jika tukar minyak di bengkel, kos adalah sekitar RM15-RM20, jadi sumbangan ini amat membantu kerana ia juga merupakan satu keperluan bagi penduduk Orang Asli di sini,” katanya.

Program tersebut mendapat kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Cameron Highlands, Kelab Belia Holistik Cameron Highlands, Highlands Crew Ringlet, persatuan belia dari Tanah Rata serta penduduk Orang Asli POS Mension.

-ZS-

Tinggalkan komen anda