
Laporan/foto: Ahmad Sarujin Seting
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelajar tahun akhir Open University Malaysia (OUM) menyokong aktiviti khidmat masyarakat dengan mengutip sampah di Taman Awam Teluk Likas.
Pelajar jurusan Sarjana Muda Pengurusan, Gunaseelgn A/L Nyanasegaran berkata aktiviti seumpama itu perlu dalam membantu mengurangkan pencemaran khususnya sampah sarap di pantai tersebut.
“Masyarakat perlu sedar tentang pentingnya menjaga alam sekitar kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, malah memberi kesan dalam aspek pelancongan apabila berlaku di tempat tumpuan seperti taman ini,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Milah Lelah, 51, yang bekerja membersihkan taman itu berkata dari purata harian plastik sampah yang digunakan dalam mengutip sampah di kawasan itu boleh mencecah 15 hingga 18 plastik.
“Kadang-kadang, jumlah plastik sampah yang diperlukan melebihi jumlah itu. Pengunjung di taman ini perlu mempunyai kesedaran untuk bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya lagi.
-ZS-