Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

250 Meriahkan Konvoi KMKM 2022 Seberang Perai Tengah

By 6 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria/ Nurul Wahida Mohd Noor

PERMATANG PAUH, 6 Ogos
(Malaysiaaktif) – Sambutan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah yang diadakan di Perkarangan Masjid Daerah, Bandar Perda meriah dengan kehadiran 250 orang jemputan dan peserta konvoi.

Sebanyak 33 buah motosikal berkuasa tinggi yang terdiri daripada Kelab Motosikal BMW K16 dan 17 buah kenderaan jabatan dan agensi kerajaan turut menyertai konvoi tersebut.

Ketika merasmikan program itu Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Tuan Kamarul Haizal Koderat turut teruja dengan kehadiran pasukan konvoi itu.

“Saya berbesar hati untuk bersama-sama memeriahkan sambutan konvoi ini dan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang di atas penganjuran program ini” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda