Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Karnival Kerjaya JAKM Gamit Ramai Pelamar Pekerjaan

By 6 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Negeri Sarawak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan pada hari pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya, dekat sini semalam.

Menurut Pegawai Unit Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO Sarawak Rawyna Rogers, 34, setakat pukul 5.00 petang seramai 1,033 orang telah mendaftar untuk pekerjaan yang ditawarkan oleh 27 agensi yang mengambil bahagian dalam JAKM Negeri Sarawak.

“Saya harap kali ini adalah rezeki saya untuk ditawarkan pekerjaan,” kata Ayuni Mahdar, 21, yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Teknologi Maklumat dari Politeknik Kuching.

Dijangkakan lebih ramai akan menghadiri karnival ini pada hari kedua dan ketiga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda