
Laporan/foto: Haliza Mohd Taib
MUAR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Masyarakat diseru memantapkan karektor diri supaya terhindar daripada pengaruh negative dadah.
Menurut Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Norafizah Mat Desa Johor Norafizah Mat masyarakat perlu memperkukuhkan benteng diri serta memantapkan elemen karektor diri seperti kestabilan emosi, minda sihat, kepimpinan kendiri dan sebagainya supaya terhindar daripada pengaruh negatif dadah.
Beliau bercakap demikian di Madrasah Tahfiz An-Najjah Muar, di sini baru-baru ini dalam Program Rintis Inisiatif Bersepadu Anti Dadah Briged Bakti Malaysia (BBM) 2022 anjuran BBM Johor dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Negeri Johor.
Pengarah program tersebut Azlinawati Adam pula berharap agar peserta memanfaatkan dalam kehidupan seharian sekaligus dapat membendung masalah dadah dan pelencongan sosial.
“Kali ini kami memperbagaikan pengisian aktiviti antaranya sesi taaruf (‘ice breaking’), latihan dalam kumpulan, ceramah unit rawatan dan pemulihan, bina kumpulan sokong bantu, perkongsian pejuang kepulihan dan terapi minda,” katanya.
-ZS-