Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KPDNHEP Kedah Menyantuni Pengguna Lunas

By 8 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah baru-baru ini telah mengadakan Jelajah Kepenggunaan 2022 bagi menyantuni pengguna di Kampung Keladi, Lunas, di sini baru-baru ini.

“Hasrat untuk mengadakan Jelajah Kepenggunaan ini adalah untuk mendekati pengguna dan memberi penerangan serta pendidikan pengetahuan yang jelas berkaitan kepenggunaan serta fungsi KPDNHEP dalam membantu rakyat,” kata Pengarahnya, Affendi Rajini Khanth.

Menurut seorang peserta Mohd Sham Ramlie, 53, program turun padang seperti itu amat baik diteruskan pada masa hadapan terutamanya di kampung-kampung agar maklumat sahih dapat disampaikan kepada rakyat.

Antara pengisian dalam program itu adalah kaunter aduan secara terus, taklimat pendidikan kepenggunaan dan taklimat Tribunal Tuntutan Pengguna.

Turut hadir Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas Ridzwan Mohd Razali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda