
Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Cassidy Lisut (Sarawak)
KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – 10 orang peserta mara ke Pertandingan Akhir Bintang Patriotik sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Sarawak yang berlangsung di Pentas Utama, Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini semalam.
“Program ini merupakan satu platform bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan menyemarakkan bahang kemerdekaan selain menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat melalui pertandingan nyanyian,” kata Nor Azli Mohd Nor Azizan, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan.
“Semangat patriotik tidak mengira usia, kita perlu terus martabatkan negara dan memperingati jasa perwira negara dahulu yang berjuang demi kesejahteraan Malaysia,” kata Hamirol Hamid yang dinobatkan sebagai juara.
-ZS-