
Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah
KOTA BELUD, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Pembuatan parang dengan corak dan seni yang unik ternyata tidak ditelan zaman di Kota Belud.
Menjadikan minatnya sebagai kerjaya, Sojen Montel, 36, seorang belia dari Kampung Siasai Jaya menceburkan diri dengan seni pembuatan parang sejak tahun 2007 lagi.
“Sarung parang biasanya menggunakan Kayu Akasia, Kayu Malam ataupun Kayu Baru Laut memandangkan kayu ini senang diperolehi di kawasan Kota Belud.
“Sebuah parang dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga lima hari mengikut saiz parang,” kongsinya ketika ditemui media dalam Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, di sini pada Ahad.
Sementara itu Mohd Ardi Jamaludin, 26 yang juga dari kampung sama berkata dia berasa bangga dapat meneruskan legasi pembuatan parang sejak berumur 18 tahun.
“Kebiasaannya kami akan menjual parang ini di Tapak Tamu Kota Belud dan kadang-kadang ada pelanggan yang akan datang ke rumah untuk membeli dan menempah parang,” ujarnya.
-ZS-