
Laporan/foto: Marina Maherah Mahusein/Zamri Razak
KUALA TERENGGANU, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan perlu disuburkan di segenap lapisan masyarakat agar keharmonian dan kemakmuran negara terus terpelihara dibawah kibaran Jalur Gemilang.
“Rakyat perlu mengekang perkara yang boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Ahmad Shah Muhamed berkata demikian di pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Peringkat Daerah Kuala Terengganu sempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pasar Payang, di sini semalam.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan silat dan kibaran Jalur Gemilang oleh penarik beca.
-ZS-