Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Konvoi KMKM 2022 Jelajah Seluruh Tangkak

By 23 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran

TANGKAK, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat perlu menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan yang dikemudi oleh pejuang-pejuang masa dahulu supaya semua pihak dapat menyumbang demi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Hajah Khairin Nisa berkata demikian di Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 peringkat daerah Tangkak di Dataran Ledang, di sini baru-baru ini.

Pejabat Daerah Tangkak, Pejabat Penerangan dan agensi-agensi kerajaan di daerah tersebut terlibat dalam konvoi yang menjelajah ke seluruh daerah Tangkak.

Sebanyak 100 Jalur Gemilang telah diagihkan kepada masyarakat di setiap tempat pemeriksaan sekitar daerah Tangkak oleh peserta KMKM 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda