
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Alor Setar)
ALOR SETAR, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memperkenalkan konsep Keselamatan Menyeluruh atau Comprehensive Security (COMSEC) yang bertanggungjawab memelihara keselamatan negara secara menyeluruh.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Datuk Haji Rodzi Md Saad konsep keselamatan ini merupakan suatu doktrin baharu yang membolehkan tanggungjawab memelihara keselamatan negara dipikul oleh seluruh jentera kerajaan dan seluruh lapisan masyarakat secara proaktif.
Beliau berkata demikian semasa Program Literasi Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, Wacana Pembentukan Minda, di sini semalam.
Program anjuran MKN Kedah turut dihadiri 150 orang Ketua-Ketua Jabatan dari pelbagai agensi seluruh negeri Kedah.
-ZS-