Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Di Sebalik Kewujudan Daerah Kalabakan

By 16 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Roslan Rungan

KALABAKAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) –  Di sebalik kewujudan daerah Kalabakan, terdapat peristiwa berdarah pada 29 Disember 1963 yang dikongsikan oleh waris pejuang konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada waktu itu, Umar Diwan, 51.

Menurutnya, Allahyarham bapanya Diwan Husin yang bertugas sebagai ‘Home Guard’ yang mempertahankan Balai Polis Kalabakan pada waktu itu pernah menceritakan bahawa tiada perasaan takut atau gentar, meskipun menyedari berdepan dengan musuh yang ramai dan lengkap bersenjata.

”Bapa merupakan salah seorang antara lapan anggota keselamatan termasuk seorang anggota polis yang bergadai nyawa dalam mempertahankan Balai Polis Kalabakan daripada dimusnahkan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dalam serangan masa tu.

“Namun, Allahyarham bapa memang sangat bangga dapat melawan musuh waktu peristiwa tu berlaku,” kongsinya ketika ditemui media dalam Program Taklimat Isu Semasa Outreach PMR anjuran Jabatan Penerangan Tawau di Dewan Mini Kalabakan, baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda