Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan Merdeka KKM Belia Alur Limbat

By 16 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)/ Mohd Afnan Hakimi

MARANG, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Belia Alur Limbat mengadakan Program Merdeka@Komuniti Komuniti Keluarga Malaysia di Perkarangan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Kg. Wakaf Dua di sini semalam.

Pengerusinya, Mohd Fadli Yusoff berkata “majlis yang bermula dari jam 3.00 hingga 7.00 petang itu diadakan untuk menaikkan semangat cintakan tanah air dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini”.

Antara aktiviti yang diadakan ialah mengedarkan jalur gemilang kepada orang ramai,  menyumbangkan barang-barang keperluan asas kepada Rumah Warga Emas serta konvoi motosikal sebanyak 40 buah yang  berarak dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) ke Kg Tebakang.

Majlis dirasmikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat, Saharrudin Mohamed.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Urusetia DUN Alur Limbat, Nik Rosidi Megat Deraman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda