
Pelapor/foto: Norhasirah Deris (Marang)/ Tadika Yayasan Islam, Marang
MARANG, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Tadika Yayasan Islam Cawangann Marang telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaaan dan Hari Malaysia 2022.
Menurut salah seorang guru, Fatimah Suhana, 39, beliau bersama Guru Besar dan semua guru-guru sepakat memilih salah satu aktiviti bagi menarik minat murid iaitu menghasilkan sekeping bendera berukuran 60’ x 40’ dengan menggunakan buah-buahan seperti buah belimbing, betik dan juga pelepah pisang serta pelepah betik.
“Penglibatan seramai 101 murid bersama 11 orang guru telah berjaya menyiapkan Jalur Gemilang dengan menggunakan teknik ‘Capan’ yang ditekap di atas sehelai kain putih”, katanya ketika ditemui media.
“Program ini diadakan untuk menyemai semangat kemerdekaan dan sayangkan Jalur Gemilang kepada murid-murid sejak dari tadika,” ujarnya lagi.
-ZS-