
Laporan/foto: Zaidy Salim
PUTRAJAYA, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk turun ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Menurut beliau terdapat banyak acara yang menarik telah diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL hingga ke Dataran Merdeka.
“Konsep sambutan pada tahun ini adalah selari dengan tiga teras utama yang digariskan dalam konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” katanya lagi.
-ZS-