Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Konvoi Kembara Merdeka Jelajah Enam DUN Dalam Tempoh 4 Jam

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Sheikh Mohamed Nazim (Segamat)

SEGAMAT, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM 2022) Peringkat Daerah Segamat berjaya membuat jelajah keenam DUN di daerah Segamat dalam tempoh 4 jam dan sejauh 167km.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Segamat, Nor Sofian Abdul Manan, konvoi kembara ini disertai kira-kira 52 kenderaan dan 23 motosikal dengan kawalan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat melibatkan 4 kereta peronda polis (MPV) dan 10 unit bermotor.

“Di setiap lokasi hentian, ADUN kawasan dan Penyelaras DUN membuat edaran Jalur Gemilang terlebih dahulu kepada komuniti setempat dan berhimpun bagi menyambut ketibaan konvoi kembara melalui lokasi mereka.

Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Peringkat Daerah Segamat di Dataran Segamat disempurnakan oleh Wakil Rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Zahari Sarip merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri dengan kehadiran oleh Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda