Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keterujaan Menyambut Bulan Kemerdekaan Setelah Pandemik COVID-19

By 19 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/ Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan program Merdeka @ Komuniti Mukim Sungai Kluang membangkitkan lagi semangat penduduk di Rengit untuk menyambut bulan kemerdekaan yang bakal tiba beberapa hari lagi setelah 2 tahun tanpa menjalani sebarang aktiviti.

Majlis dirasmikan Speaker Dewan Negeri Johor, Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi selaku ADUN Rengit, turut menyerahkan bendera jalur gemilang kepada wakil sekolah, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Rengit bagi menyemarakkan Hari Kemerdekaan.

Ketua Poco-Poco Taman Ria Rengit, Tan Thung Choo, 54, sangat teruja kerana dapat turut serta memeriahkan majlis.

“Disamping kita menyemarakkan semangat kemerdekaan, kita juga perlu sentiasa menjaga kebersihan dan memakai pelitup muka di tempat yang sesak,” ujarnya sambil memberikan peringatan dan nasihat kepada hadirin yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda