
Laporan/foto: Marina Maherah/Shuhaimi Ahmad
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim merasmikan program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia daerah Kuala Terengganu disambut meriah oleh warga komuniti Pasar Borong Gong Pauh pagi ini .
Ahmad Amzad dalam ucapannya berkata, “sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata namun ianya adalah detik negara tercinta kita bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa sendiri.
“Visi ‘Keluarga Malaysia’ ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan ‘Keberhasilan Kebahagiaan’.
Selain itu, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, telah mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengunjung dan peniaga pasar borong tersebut.
-ZS-