Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sungai Penting dan Bernilai kepada Kehidupan

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norma Mohd Noor/Syazwan (JPS Terengganu)

BESUT, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu sedar kepentingan dan nilai sungai kepada kehidupan dan semua makhluk.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Putehdalam berkata tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai betapa penting dan bernilainya sungai kepada kehidupan serta makhluk di dunia ini.

“Rakyat seharusnya sedar bahawa sungai yang kotor akan menyebabkan hidupan akuatik di dalamnya akan terjejas dan tercemar.

“Saya menyeru supaya bersama-sama menjaga kualiti air sungai,” katanya di perasmian Program Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Terengganu dan Program Kutip Sampah Sambil Riadah sempena Ulang Tahun JPS ke-90 anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Terengganu di Bukit Bubus, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah JPS Terengganu Hanizam Deraman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda