
Laporan/foto: Allyshia Low/Kementerian Luar Negeri
KUANTAN, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – 19 Diplomat berkampung di sini baru-baru ini dalam program ‘Familiarization Visit for Diplomatic Corps’ yang merupakan satu program istimewa Kementerian Luar Negeri yang diadakan pada setiap tahun.
Menurut Menteri Luar Negeri Dato’ Saifuddin Abdullah objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan keunikan dan kelebihan negeri-negeri di Malaysia kepada kor diplomatik.
“Menerusi program ini juga kor diplomatik akan berpeluang untuk meneroka peluang jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan pihak Kerajaan Negeri Pahang.
Kali ini kor diplomatik dibawa melawat Kompleks Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah, Muzium Pahang, Menara 188 Kuantan, serta mendapatkan taklimat ekonomi daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Antara negara yang menyertai program ini adalah Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Brunei.
-ZS-