
Laporan/foto: Muhd Naim Mohd Shaari/Mohd Nizam (Jempol)
JEMPOL, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chi Wen, Bahau dekat sini lebih 100 orang remaja telah hadir dalam Program Merdeka@Komuniti: Pertandingan E-Sport Remaja ~ Honor Of Kings pagi tadi.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Jempol bersama Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Jempol, Komuniti Keluarga Malaysia Zon Bahau dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di sekitar Bahau.
“Anak muda hari ini berhibur dengan cara mereka iaitu dengan menjadikan telefon pintar sebagai tempat bermain, berhibur dan juga mendapatkan maklumat untuk membantu pembelajaran mereka,” kata Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif ketika merasmikan pertandingan itu.
Mohd Salin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada penganjur program.
“Program sebegini juga adalah platform agar mereka tidak terus leka dan sebagai usaha untuk membugarkan kembali perasaan kasih dan cintakan negara serta kembali mengenang sejarah dan kemerdekaan negara,” katanya.
-ZS-