Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dua Lelaki Ditahan Cuba Seleweng Diesel – KPDNHEP

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Dua lelaki ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Semenyih pada 26 Ogos lalu.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata suspek berusia 35 hingga 45 tahun berkenaan diserah oleh pihak polis yang melakukan serbuan pada 25 Ogos.

“Sejumlah 31,000 liter diesel yang diisi dalam 31 buah tong berjaya dirampas sementara dua buah kenderaan disita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda