Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Usahawan Kraf antara 300 Penerima PEMULIH di Perak

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/NurHaziqah Nabilah Zainon (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Usahawan kraf Aus Batik antara penerima Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Festival Kraf@Perak di Dataran Menara Condong, di sini pada Selasa.

Pengasasnya Muhammad Firdaus Nawawi, 31, berbesar hati menjadi salah seorang penerima pakej bantuan PEMULIH bernilai RM1500 ini apatah lagi selepas mengharungi pandemik COVID-19.

“Saya mula menceburi perniagaan batik ini sejak 2015 dengan menjual baju kemeja bercorak batik Jalur Gemilang secara kecil-kecilan dari bonet kereta.

“Kini, saya dapat menjual hasil batik saya di kedai sendiri di Medan Mak Intan dan turut mempunyai sebuah bengkel membatik di Taman Melor,” katanya yang merupakan pelajar lepasan Institut Kraf Negara.

Seramai 21 usahawan kraf daripada jumlah 300 orang keseluruhan menerima sumbangan PEMULIH bagi Negeri Perak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda