
Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 500 para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, di sini begitu teruja menyambut Hari Kebangsaan yang diadakan selepas dua tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19.
Pelajar-pelajar yang ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan rindu masing-masing untuk terlibat di dalam pelbagai acara yang bersifat patriotik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata Program Merdeka@Komuniti Bersama SK Duyong anjuran bersama Komuniti Keluarga Malaysia, Pulau Ketam dan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu memberi impak yang cukup besar kepada para pelajar.
“Sepanjang program dilaksanakan sejak pagi para pelajar begitu bersemangat dengan memasuki pertandingan hiasan kemerdekaan, pakaian beragam, persembahan sajak, puisi dan pelbagai lagi,” katanya ketika merasmikan tersebut, di sini semalam.
“Tahniah kepada penganjur yang berusaha menyemai sikap patriotik seawal usia kanak-kanak dengan menganjurkan pelbagai program yang menanam sikap cintakan negara,” katanya.
-ZS-