
Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/NurHaziqah Nabilah Zainon (Hilir Perak)
TELUK INTAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Festival Kraf@Perak 2022 menjadi platform mempromosikan produk usahawan tempatan.
Pengasas Keropok Lekor Taiping Mariasafarini Mohd Mustafa, 44, berkata inilah peluang untuknya mempromosikan produk selepas pulih daripada impak COVID-19.
“Dah masuk tahun ketiga kami keluarkan produk ini iaitu keropok lekor dan keropok keluaran sendiri kerana sebelum ini kami hanya menjual produk orang lain.
“Saya dan suami bersyukur festival ini membantu menggalakkan lagi hasil jualan,” katanya ketika ditemui di Dataran Menara Condong, di sini pada Selasa.
Sementara itu, Penyelia Jualan Restoran Warisan Hafi Asri, 28, yang mengetengahkan kuah pecal segera dan kuih-muih turut berpeluang mempromosikan perkhidmatan penyediaan tempat mengadakan majlis yang disediakan melalui syarikat induk Wisma Ibnu Sina Holdings Sdn. Bhd. di Taman Melor.
“Saya berharap program ini membantu menarik lebih ramai pelanggan,” ujarnya.
-ZS-