
Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)
BAGAN TIANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris (SEMEGAT) gembira meraikan kemenangan berganda yang diperoleh sempena Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2022, di sini pada Selasa.
“SEMEGAT memenangi Johan bagi Kategori Sekolah Rendah dan Naib Johan bagi Kategori Pintu Gerbang Bangunan.
“Saya cukup berbangga dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terutama guru-guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Pihak sekolah berasa sangat gembira dengan kemenangan yang diberikan,” ujar Guru Besar SEMEGAT Yahya Othman ketika ditemui.
Majlis keraian itu diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 bertempat di perkarangan Pintu Gerbang sebagai simbolik kemenangan tersebut.
Pegawai Penerangan Daerah Kerian Khairul Ferdaus Mat Jilid turut hadir merasmikan sambutan tersebut.
-ZS-