
Laporan/foto: Salawati Mat Shariff
PERMATANG DAMAR LAUT, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya bersama Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Permatang Damar Laut telah mengadakan program Merdeka@Komuniti di Pantai Ahseng (ESEN).
Menariknya peserta program kali ini mendapat peluang mencuba sukan lasak all-terrain vehicle (ATV).
Menurut pengusaha ATV Mohd Zuhair Hizami, 30, beliau telah membelanjakan sebanyak lima puluh ribu sebagai modal permulaan untuk 6 buah ATV dan kini beliau telah memiliki 28 buah ATV.
Pengerusi KKM Permatang Damar Laut, Rosesarwandi Saad@Yaacob turut memandu ATV pada program tersebut dan mahu anak-anak muda menyahut cabaran mencuba bidang kerja baru seperti ini.
Seorang peserta Ainsyah Hamid, 29, pula berasa amat teruja kerana ini adalah pengalaman pertamanya memandu ATV sejauh 4km.
-ZS-