
Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Nur Syafiq Kamaruzzaman (Tampin)
TAMPIN, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Taman Sentosa menyambut baik inisiatif Pejabat Penerangan Daerah Tampin dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas dalam aktiviti ‘Fun Walk’ Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia, di sini Sabtu lalu.
Menurut Pengerusi KKM Taman Sentosa Raduan Abdul Hamid objektif utama program adalah untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan kaum dan etnik setempat serta menghargai usaha kerajaan terutamanya pihak Jabatan Penerangan untuk memupuk solidariti perpaduan rakyat.
Acara ‘Fun Walk’ turut disertai ADUN Gemas Dato’ Abd Razak Ab Said dan isteri serta Ketua-Ketua Jabatan di Gemas.
Program ini turut mendapat kerjasama beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan tempatan seperti Angkatan Tentera Malaysia Kem Syed Sirajuddin, Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Balai Polis Gemas, Angkatan Pertahanan Awam Tampin serta Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) setempat.
-ZS-