
Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka)
MELAKA, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak telah menganjurkan program Seminar Belia Aspirasi Negara 2022 bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), di sini baru-baru ini.
Majlis ini mendapat sambutan hangat apabila disertai lebih 600 pelajar kolej dan pelajar tingkatan enam di dalam negeri Melaka.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Rim yang juga sebagai Ahli Panel Khadhirah Abu Zahar, 38, objektif utama seminar ialah untuk mendekatkan belia dengan kerajaan serta menyemai mereka dengan semangat patriotisme.
“Seminar ini dapat membuka minda belia dalam mendepani cabaran pada masa hadapan,” ujarnya.
-ZS-