Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

AhliI Parlimen Bantu Ringankan Beban Nelayan

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad

YAN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Nelayan merupakan antara individu yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Tanpa keringat mereka yang terpaksa berdepan dengan bahaya, kita tidak mungkin dapat menikmati rezeki dari lautan.

Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit mengambil kesempatan menyantuni nelayan di Kampung Kuala Sungai Limau di sini baru-baru ini dengan menyampaikan 100 sumbangan hamper makanan bagi meringankan beban komuniti nelayan.

“Nelayan sentiasa diiktiraf oleh kerajaan kerana mereka merupakan hero yang tidak didendang dan pejuang negara selain peladang dan petani yang memberi sumbangan terhadap sosioekonomi negara,” ujar beliau ketika menyampaikan ucapan.

Para nelayan juga turut menghidangkan menu ‘shellout’ hasil tangkapan yang dimasak secara bergotong royong.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda