Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Bandar Botani Parkland Konsep EcoWorld Pertama di Melaka

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)

JASIN, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Pembangunan projek Bandar Botani Parkland merupakan pembangunan berkonsep yang pertama di Melaka yang mementingkan gaya hidup berkualiti dengan memperkenalkan konsep Taman Bandar Bersama Kanal Buatan Manusia.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Taman Bandar Botani seluas 30 ekar tersebut mengandungi kemudahan kesihatan seperti trek jogging dan berbasikal, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang bola sepak, badminton, sepak takraw dan bola keranjang.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Projek Bandar Botani Parkland Fasa 2 di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka Zaidi Attan, EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Mohd Salleh Hamidom dan Pengarah Urusan Parkland Group, Victor Tan See Sen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda