Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sambutan Hari Malaysia Ayer Limau Diserikan dengan Kehadiran MenKOMM

By 21 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau 2022 telah disambut meriah di JAPERUN Ayer Limaudi sini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Musa.

Sambutan ini bagi memperingati pembentukan negara Malaysia serta menjadi salah satu majlis pengerat silaturahim antara komuniti sekitar DUN Ayer Limau.

Menurut Annuar sebagai rakyat Malaysia semua pihak mestilah meraikan dan merayakan sambutan hari-hari bersejarah ini terutama di peringkat keluarga kerana ianya amat bermakna dan penting bagi kita sebagai sebuah negara yg merdeka dan berdaulat.

Terdapat pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan pakaian patriotik, nyanyian lagu patriotik, pertandingan memasak serta pertandingan mewarna kanak-kanak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda