Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tiga Kampung Berentap Rebut Piala Ketua Peserta

By 30 Januari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

JASIN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Pertandingan sukan permainan dalam melibatkan tiga buah kampung di sekitar Jasin bagi merebut Piala Ketua Peserta telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Felcra Lembah Kesang, di sini semalam.

Tiga kampung yang menyertai pertandingan tersebut ialah Kampung Lanchang, Kampung Seri Mendapat dan Kampung Lembah Kesang.

Menurut, Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd. Aziz program sebegini harus dijadikan acara tahunan kerana dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat daripada segenap lapisan umur.

“Tahniah kepada penganjur iaitu Felcra Berhad, Kawasan Rukun Tentangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lanchang, JPKK Seri Mendapat dan JPKK Lembah Kesang kerana berjaya menjagakan program ini,” katanya.

Siti Faizah juga sempat meluangkan masa beramah mesra dan bermain beberapa permainan yang dipertandingkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda