
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Dobi layan diri antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan orang ramai apabila tibanya musim hujan.
Cuaca hujan sejak tiga hari lalu menjadikan perniagaan dobi layan diri laris dan mendapat sambutan daripada pelanggan di sekitar Kemaman.
“Saya memilih perkhidmatan dobi layan diri ini ketika musim hujan kerana ia banyak menjimatkan masa untuk membasuh dan mengeringkan pakaian,” kata Ainur Rizalman, 25, salah seorang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dobi tersebut.
Ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran hujan akan berterusan di seluruh negeri Terengganu sehingga 30 Januari ini.
-ZS-