Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) Lancar Pameran Fotografi

By 6 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Eciannie Kin Mei Hoon & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 6 Mac (Malaysiaktif) –? Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) melancarkan Pameran Fotografi bertajuk ‘Art of Seeing’  untuk menghargai hasil kerja para pelajarnya dalam bidang fotografi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata usaha UCSF memberi galakan dan motivasi kepada para pelajarnya dengan mempamerkan hasil kerja mereka kepada khalayak.

Katanya, ia selaras dengan matlamat pelan tindakan pendidikan untuk melahirkan insan yang holistik seimbang dengan mewujudkan pelajar mempunyai minda keusahawanan.

“Lebih membanggakan apabila hasil kerja oleh para pelajar UCSF ini telah mempunyai pembeli,”kata beliau semasa menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran di Imago.

Sementara itu, Naib Canselor UCSF, Prof. Datuk Dr Ghazally Ismail berkata para pelajarnya mengikuti kursus selama enam bulan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional yang bertaraf antarabangsa iaitu Amri Ginang yang merupakan anak tempatan Sabah.

Tambahnya lagi, UCSF komited melahirkan bakat dan kreativiti para pelajarnya sebagai sumber tenaga kemahiran yang berkualiti dan berdaya saing.

Pada majlis yang sama, turut diadakan Peragaan Fesyen Batik Botani direka oleh pereka fesyen terkemuka negara iaitu Amanda Brown.

 

Tinggalkan komen anda