Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson)
PORT DICKSON, 6 Mac (Malaysiaaktif) — Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Ibu Pejabat dan BN Parlimen telok Kemang telah mengadakan program gotong royong kembara rumah ibadat di Masjid Jamek Pasir Panjang, Tokong Kuang Fu dan Kuil Subranamiyar di Pasir Panjang, Linggi.
Seramai 50 orang sukarelawan BN terdiri dari ahli UMNO, MCA, MIC, Puteri dan Pemuda telah mengadakan going royong membersihkan kawasan 3 buah rumah ibadat selain mengecat semula bangunan yang usang.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi BN Parlimen Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang turut bersama-sama bergotong royong membersihkan rumah ibadat di tiga lokasi.
Menurut Isa, kembara rumah ibadat ini merupakan program yang baik selain memperkukuhkan hubungan komponen BN dan menyemarakkan perpaduan serta kerjasama baik dengan rumah ibadat.