Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Ahli Parlimen Port Dickson Sumbang RM125,000 Sempena Ramadan 1444H

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Pejabat Agama Islam Port Dickson

PORT DICKSON, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Sebagai simbolik bagi meraikan kedatangan Bulan Ramadan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson telah menganjurkan Sambutan Ambang Ramadan 1444H/2023 di Masjid Jamek Dato’ Abdullah Sijang, di sini baru-baru ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan sebanyak RM125,000 kepada masjid dan surau yang terdapat dalam Parlimen Port Dickson.

“Sumbangan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen itu diberikan bagi membolehkan institusi agama Islam terlibat menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadan yang akan tiba dalam beberapa hari lagi.

Beliau berharap agar Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik buat semua serta semoga ia dapat memperkukuhkan ketakwaan terhadap Allah SWT.

Turut diadakan perkongsian mengenai Ramadan al-Mubarak yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda