Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kacau Dodol Mantai Menjelang Ramadan

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurezzaty Razimi/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Simbolik kacau dodol sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan telah berlangsung di Tapak Pasar Tani Batu 4, Port Dickson, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Sembilan Datuk Ir Haji Bakri Sawir, berkata Jabatan Pertanian Industri Asas Tani Negeri Sembilan yang menganjurkan program Jualan Terus Dari Ladang Madani (JTDL)@Mantai Ramadan menawarkan harga barangan lebih rendah daripada pasaran seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran.

“Seramai 84 peniaga telah menyertai program ini dan dianggarkan 17 program yang sama akan diadakan sepanjang bulan Ramadan bagi membantu orang ramai dalam mendapatkan harga barangan yang berpatutan,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar yang bersama-sama mengacau dodol serta membuat edaran kepada para pengunjung.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda