Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Persiapan Ramadan, Pasar Besar Kuantan Jadi Tumpuan

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim (Pahang)

KUANTAN, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Pasar Besar Kuantan menjadi tumpuan penduduk untuk membeli barangan sebagai persiapan menjelang Ramadan yang bakal menjelang.

Zaini Zainal, 56, dari Sungai Isap berkata, setiap minggu beliau akan membeli barangan keperluan seperti ikan dan sayuran di pasar kerana harga yang lebih berpatutan.

“Saya belanja sekitar RM100-RM150 setiap minggu bagi bahan-bahan basah dan saya boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Bagi peniaga santan Soleha Md. Khudair, 54, beliau menjangkakan permintaan terhadap santan lebih-lebih lagi menjelang perayaan nanti akan meningkat.

“Biasanya apabila hampir hari raya nanti, permintaan pelanggan akan meningkat dan saya bersyukur kerana perniagaan saya mampu bertahan sehingga ke hari ini,” katanya yang sudah 30 tahun berniaga di pasar ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda