Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Menonton Filem sambil Beramal

By 8 Mei 2023Mei 10th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Geraldine Voo Yen Wen/Elsa Rajah (Sabah)

KOTA KINABALU, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Malaysian Association of Speech-Language and Hearing (MASH) Cawangan Sabah bersama Unit Audiologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) menganjurkan ‘A Night At The Movies’ di Auditorium Hospital Queen Elizabeth bagi mengutip dana Program Outreach di Bahagian Pedalaman Sabah.

Menurut Sabah Chapter Lead MASH, Elsa Rajah, 41, program tersebut diadakan sempena Hari Pendengaran dan Pertuturan dengan tema ‘Accessible Hearing and Communications for All’.

“Pemilihan filem adalah antara cabaran yang dihadapi oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan serta mengatasi masalah tersebut.

“Diharap dengan pemilihan filem-filem ini, kami dapat menjangkau dan menarik lebih ramai penonton.

“Selain itu, dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai isu-isu pendengaran dan pertuturan ini.

“Filem seterusnya ditayangkan pada tarikh 12, 19, dan 26 Mei 2023,” ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, salah seorang penonton, Belinda Majikol, 41, berpendapat bahawa filem yang dipilih sangat bermanfaat.

“Bagi saya filem yang ditayangkan memberi gambaran mengenai cabaran seterusnya membuatkan saya lebih empati terhadap apa yang dilalui oleh mereka sepanjang masa,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda