Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Bersama Industri PUO 2023

By 11 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Bersama Industri Politeknik Ungku Omar (PUO) 2023 diadakan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan PUO, mendedahkan pelajar mengenai peluang kerjaya di dalam industri dan berpeluang merasai sesi temuduga untuk penempatan latihan industri atau penawaran pekerjaan.

Menurut Pengarahnya Dr. Shamsuri Abdullah pelajar juga berpeluang mendapatkan maklumat bagi menyambung pengajian sedia ada selepas tamat belajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang dijemput bersama.

“Pihak industri juga dapat mengenali para pelajar dan mengenalpasti mereka yang berpotensi dan yang akhir sekali sudah pasti, bagi mengukuhkan kolaborasi progresif antara industri dan PUO.

“Sebanyak 21 syarikat industri, empat IPT dan tiga agensi kerajaan menyertai program selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei 2023,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis di Dewan Jubli Perak, PUO, di sini semalam.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program termasuklah forum bersama alumni, seminar kerjaya, taklimat dan pameran pendidikan.

“Semua aktiviti ini menunjukkan kolaborasi aktif di antara PUO bersama industri, IPT, agensi kerajaan dan alumni.

“Harapan saya agar para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada pada hari ini bagi merebut peluang untuk penempatan latihan industri, mendapatkan pekerjaan mahupun menyambung belajar di IPT,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda