
Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak/Muhamad Azran Malek (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari AntiDadah 2023 Peringkat Negeri Melaka bertemakan ‘Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah’ telah berlansung di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, Kuala Sungai Baru, di sini pagi tadi.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah, pendekatan yang diambil dengan menekankan pencegahan dari rumah adalah satu langkah yang sangat proaktif memandangkan kes dadah kebanyakkan bermula dalam kalangan remaja.
“Dadah merupakan musuh nombor satu negara dan saya berharap masyarat setempat terdiri daripada semua lapisan umur dapat berganding bahu bagi memastikan gejala penagihan dadah dapat dihapuskan dikalangan kita,” katanya.
Beberapa aktiviti dilaksanakan di dalam majlis tersebut antaranya permainan interaktif, kuiz kenegaraan dan pemeriksaan kesihatan percuma.
-ZS-