Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Lakar Reputasi Tersendiri, PUO Hargai Media

By 28 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Kerjasama dan ukhwah dalam kalangan rakan media telah merealisasikan Politeknik Ungku Omar (PUO) menyebarluaskan maklumat sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang responsif dan proaktif kepada keperluan rakyat.

Menurut Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah, sokongan dan dokongan rakan media dalam membantu PUO merealisasikan hasrat sebagai ‘Home of TVET Champions’ telah meletakkan PUO sebagai salah satu institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang menjadi pilihan utama para belia bagi melanjutkan pengajian serta mempertingkatkan kemahiran.

“PUO telah melakar nama dan reputasi tersendiri selaku salah satu institut TVET terulung di Malaysia, sejak penubuhannya pada tahun 1969. Kejayaan ini banyak didokong oleh pengamal media Malaysia yang sangat proaktif dalam menyampaikan informasi dan maklumat terkini berkenaan PUO kepada massa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Apresiasi Media, Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Industri dan Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik di Dewan Jubli PUO, di sini semalam.

Dalam ucapan sama, Shamsuri turut menyifatkan kerjasama strategik dengan rakan industri juga menjadi penyumbang kepada keberkesanan serta kemajuan institusi TVET.

“Jawatankuasa Penasihat Industri merupakan platform kolaborasi terbaik bagi PUO dan industri untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran masing-masing bagi tujuan penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan graduan berkualiti yang memenuhi keperluan industri dan guna tenaga negara,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda