Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kenaikan Subsidi Padi, Khabar Gembira buat Pesawah

By 9 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Khairul Ferdaus (Kerian)

PARIT BUNTAR, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetuju untuk menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dengan meningkatkan kadar subsidi daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per  tan metrik.

Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sempena Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai, di sini semalam.

“Langkah tersebut akan dilaksanakan segera iaitu berkuat kuasa esok (hari ini) dan bakal memberi manfaat kepada pesawah di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, pesawah, Abdul Rahim Hussaien, 69, menyatakan rasa kesyukuran dengan pengumuman tersebut.

“Ini merupakan kenaikkan terbesar dalam sejarah negara dan pastinya akan meningkatkan pendapatan pesawah sekaligus melonjakkan penghasilan padi negara,” ujarnya ketika ditemui.

Dalam majlis sama, Anwar turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang bakal memberi manfaat kepada 28,295 pesawah dan peladang di negeri ini melalui bantuan di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-Up), Program Pemilikan Jentera Kecil dan Sederhana Secara Geran Padanan, Program Agriprentice, Dana Tabung Hijrah MADANI Agrobank, Bantuan Khas Sumbangan Tunai kepada Pesawah dan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda