Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Penantian Lapan Tahun Bakal Berakhir

By 22 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhamad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Penantian penduduk Jalan Dutamas Raya selama lapan tahun bakal berakhir apabila tindakan pembaikan kerosakan siar kaki dan jalan sedang dalam proses pelaksanaan.

Pejabat Ahli Parlimen Segambut, DBKL dan Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Segambut hari ini telah mengadakan lawatan tapak mengenai kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur mengenai kerosakan siar kaki dan jalan di Jalan Dutamas Raya.

“Kerosakan jalan yang sudah lebih lapan tahun di Jalan Dutamas ini diharap dapat diselesaikan dengan baik dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Segambut dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),ā€ kata Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Segambut Sub Zon 5 Dr. Abu Basir.

“Jalan ini merupakan jalan utama di Jalan Dutamas Raya dan dengan penambahbaikan yang sangat positif ini dapat memudahkan perjalanan penduduk serta dapat meningkatkan keselamatan di kawasan ini,” jelasnya.

Pihak DBKL telah mejalankan kerja-kerja penurapan jalan di Jalan Dutamas dan Ā penambahbaikan pejalan lalu lintas sejak seminggu lalu yang memberikan keselesaan kepada lebih 4,000 orang penduduk yang tinggal di 16 buah kondominium tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda