Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pendidikan Mengundi Dipupuk Sejak Zaman Sekolah

By 13 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ruddy M.Hams/Nor Syahirah (Petaling)

PETALING JAYA, 13 Sep (Malaysiaaktif) – “Pengetahuan berkenaan sistem pentadbiran negara dan tatacara mengundi yang betul semasa pilihan raya patut diterapkan sejak di peringkat sekolah lagi”.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama Norlin Abdul Ghafar, berkata demikian semasa merasmikan Program Demokrasi Kita anjuran Pejabat Penerangan Daerah Petaling, di sini semalam.

Menurut beliau, sasaran pada kali ini ialah pelajar tingkatan lima kerana mereka akan menjadi pengundi pada pilihan raya ke-16 akan datang. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Penerangan (JaPen), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Akademi Pilihan Raya (APR) yang mengadakan program mendidik para pelajar tentang tatacara mengundi semasa pilihan raya.

Program yang disertai oleh lebih 50 pelajar itu dikendalikan sepenuhnya pasukan APR yang diketuai oleh Penolong Pengarah (Pengurusan Strategik APR) Jhassmeen Nureen Ngong yang menunjukkan simulasi pilihan raya sebenar.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Selangor Puan Normaizatulakmal Tujad, Timbalan Pengarah SPR Negeri Selangor Kamarul Azman Mohd Sabri dan pegawai-pegawai SPR serta APR Negeri Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda