Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pentingnya Proses Pengundian Pilihan Raya Dipupuk di Peringkat Akar Umbi

By 21 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Firdaus Abdul Rashid/Ainsyah Abdul Hamid (Barat Daya)

BALIK PULAU, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang pelajar termasuk guru penyelaras Kelab Malaysiaku sertai Taklimat dan Sesi Simulasi Pilihan Raya Umum sempena Program Demokrasi Kita Kelab Malaysiaku anjuran Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, semalam.

Menurut pengetua sekolah tersebut Faridah Hussain, simulasi yang diadakan begitu penting untuk pendedahan kepada pelajar mengenai Pilihan Raya Umum dan tentang bagaimana memilih kerajaan di negara kita.

“Saya berharap agar para pelajar dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi pada masa akan datang dan memilih pemimpin yang terbaik demi masa depan negara,” katanya.

Taklimat khas disampaikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang (SPR) Mohd Fuad Shuid.

Turut diadakan edaran bahan penerbitan kenegaraan secara percuma oleh Pejabat Penerangan Daerah Barat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda